Kursus "Penghasilan Video Pengajaran Dinamik: Dari Skrin ke Kelas Digital" yang disampaikan oleh Dr. Azli bin Nawawi dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM. Kursus anjuran CVL ini telah diadakan pada 15 Oktober 2024 di Bilik Kolaboratif, Pusat Pembelajaran Maya, UTHM.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan video pengajaran yang dinamik dan interaktif, yang boleh digunakan dalam kelas digital. Peserta kursus diajar teknik-teknik penghasilan video yang efektif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
#mayauthm #cvluthm #uthmjohor #azlinawawi #pakali #capcut #ai